Showing posts with label JoB. Show all posts
Showing posts with label JoB. Show all posts

14 February 2011

http://www.emocutez.com
Mood: Study

Title: Menstrual Cycle versus Estrous Cycle

Kehidupan

Kehidupan..
Antara manusia dan haiwan..
Apa yang mereka perlukan?
Apa yang mereka fikirkan?

 Termenung memikirkan masa depan?


 Bernyanyi sehingga penat dan mengantuk?


 Garang tetapi hensem?


 Kecelakaan dan kecacatan yang dialami?


 Terlalu pemalu?


 Pemalas sampai tertido?


 Keprihatinan si ibu kepada si anak?


Kenikmatan sarapan pagi?



Inilah kehidupan aku sekarang...
Melihat pelbagai gelagat mereka saban hari..
Amat-amat mencuit hati..

I LOVE MY JOB!!

12 January 2011

Night Dress?

What should I wear during annual dinner??
Night dress?
Jubah?
Or..Baju Kurung???


04 January 2011

RM28????

RM28
Hanya untuk sehelai kertas MC + pain killer + vitamin C.

Mahalnye!!!!!!!!!

02 January 2011

Dunia Haiwan Part: 5- Ambil Darah


Antara yakin dan tak konfiden.
First time ni kena amek darah haiwan yang besar.
Dulu tikus kecik (bajet profesional jap :P).

Dan............keputusannya!!!

Hari ni berjaya amek darah daripada seekor anjing!!
1.5ml+++++!!!!
Banyak tu....
Tq Liang Liang:) Gooodddddd boy:)

Hooooreeyyyyyyy!!!

15 December 2010

Dunia Haiwan Part: 2

Bile dah mula bekerja.
Kita mula bergaul dengan pelbagai ragam manusia.
Dan dari pelbagai kaum.
Suasana itu sangat jauh berbeza semasa di zaman universiti.

Apatah lagi kerja itu memerlukan komunikasi yang berkesan.
Dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Sebagai manusia,
Kita bukanlah sempurna atau perfect.
Apa yang kita lakukan kadang-kadang belum dapat memuaskan hati mereka.
Sedangkan kita telah melakukan yang terbaik dan yang termampu.
Susahkan?

Bagaimana pula berhadapan dengan manusia bertopeng?
Atau talam 2 muka
Itu sungguh hipokrit.
Bila A mengata tentang B kepada C.
Kemudian B mengata tentang A kepada C.
Akhirnya A dan B mengata tentang C pula.
Sungguh komplikated keadaan itu.

Semua kehendak manusia tak mungkin dapat dituruti.
Setiap manusia ada kemampuan masing-masing kan?
Suasana pekerjaan amat mempengaruhi emosi.
Tepat sekali!

Namun begitu.
Ada juga detik-detik bersama yang boleh dihargai.
Antaranya:

  Sambutan besday Dr. Chan


Lunch kat Secret Recipe, Sutera Mall

Dan

 Domino pizza for lunch kat dalam klinik!

***kadang-kadang semua benda tak selalu indah

18 October 2010

JB Worlds


Not Mr. JayBee ye. Diharap tidak ade sape sape yang perasan ngan tajuk contengan kali ini. Huhu. Penyonteng mau meluahkan perasaan penyonteng semasa mahu berhijrah ke  JB Worlds untuk kali pertama seorang diri. Huhu.

Pagi pagi lagi penyonteng dah bangun tido. Nak naek bus g ke kuantan pukul 7.30 pagi. Tambang bus sebanyak RM12.50. Perjalanan ke Kuantan mengambil masa 2 jam setengah ke 3 jam. Normal keadaan kalo naek bus ting tong atau henti henti. Kalo drift ngan kete cuma sejam setengah atau 2 jam sahaja. Huhu.

Sesampai di Kuantan. Destinasi utama penyonteng adalah toilet. Haha. Perkara normal bagi penyonteng.  Pastu penyonteng mengalas perut di sebuah kedai mamak. Ikhlas penyonteng katakan memang roti canai dia tak sedap! Keras dan liat macam panaskan yang semalam punye je. Kuah pon tak sedap. Hilang selera penyonteng disitu walaupun perut berkeroncong.

Kemudian, penyonteng membeli tiket menuju ke JB Worlds. Penyonteng membeli tiket bus Adik Beradik berharga RM27. Bus bertolak pada pukul 2 petang. Bus ini melalui jalan Mersing- Kota Tinggi. Bagai nak tercabut kepala penyonteng ketika itu. Sangat pening dan mual. Dah 5 tahun meninggalkan Bumi Mersing. Banyak pembangunan dapat diperhatikan. Semakin maju.  Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam setengah. Bus berhenti di Larkin. Penyonteng berasa lega selepas keluar dari bus. Menghirup udara segar sepuas puasnya. Tapi tak puas jugak sebab ramai perokok yang merosakkan udara sekeliling.

Penyonteng mencari kedai untuk makan malam. Menu utama adalah mee sup. Pedih perut tak makan dalam bus tadi. Rasenye seakan akan cacing sedang menggigit sel sel dalam sistem pencernaan penyonteng. Haha. Selepas itu kawan penyonteng telah sampai dan membawa penyonteng pulang ke rumah. 

Keesokannya adalah "My 1st interview". Tak nak cite lebih lebih sebab penyonteng dah conteng sebelum ini. Tapi mau cakap jugak tentang dia. Hehe. Dr. Chua. Dia sangat baik dan memahami. Dia lah peng'interview' penyonteng. Memang Dr. Vet macam tu ke? Sungguh caring. Huhu. Penyonteng mula memasang angan angan mau mencari sorang Dr. Vet jugak lah. Haha. Suasana tempat pekerjaan juga selesa. Cuma saiz gong gong sungguh besar. Menyebabkan penyonteng terkejut dan berasa sedikit takut. Di harap penyonteng dapat mengatasinya bile mula bekerja nanti.

Petang pulak. kawan penyonteng bawak penyonteng jalan jalan. Pastu terus pergi ke pasar malam. Sangat panjang. Lenguh kaki penyonteng berjalan. 1st time penyonteng melihat begitu ramai penjual daripada kaum cina. Macam macam ada. Kemudian penyonteng pulang ke rumah.

Hari Sabtu lak, penyonteng berjoging di awal pagi. Takde la awal sangat. Pastu pekena lontong dan teh tarik. Pergh, memang cukup kaw! Huhu. Hari tu penyonteng hanya duduk di rumah. Bile malam baru keluar menuju ke Mc D sebab malas nak masak.

Dan hari semalam iaitu hari Ahad. Penyonteng mahu pulang ke Pahang tercinta. Penyonteng membeli tiket bus Mara Linear ke Kuantan melalui jalan Segamat berharga RM 31.20 pada pukul 11 pagi. Perjalanan pulang agak tenang sebab jalan lurus xmacam jalan di Endau-Mersing dan Kota Tinggi. Pukul 5 petang, penyonteng sampai di Kuantan. Prebet prebet sapu telah menuju di muka pintu bus. Sangat merimaskan. Kemudian penyonteng menuju ke Stesen bus henti henti atau ting tong. Bus ke Jengka bertolak pada pukul 6 petang. Lambatnya. Selepas pintu bus dibuka, berpusu pusu manusia masuk. Pada pukul 8.30 malam penyonteng tiba di Jengka. Sungguh jauh perjalanan penyonteng.

Kini penyonteng berada di rumah. Home sweet home :) Esok bermula kembali perjalanan penyonteng yang jauh itu. Huhu

The beginning of new life.............

15 October 2010

My 1st Interview

Sangat kelakar ku rasekan.
Marah berbaur geram pada mulanya.
Tapi itulah pengalaman "My 1st Interview"

Temujanji dipersetujui pada pukul 2 petang.
Malangnya masih berlegar-legar di jalan raya mencari destinasi sebenar.
Dari pukul 2 petang tertangguh ke pukul 2.30 petang.
Lalu menjadi 3.30 petang.

Apakah impression pihak majikan sekiranya calon sesi temuduga lewat hampir sejam setengah??
Very very very very ~ infinity BAD!
Itu lah aku.

Namun wajah penemuduga sangat tenang.
Tidak kelihatan riak marah malah masih tersenyum.
Sangat manis.
Gerak-gerinya begitu menarik perhatianku.
Pertuturannya begitu sopan dan jelas.
Lembut tetapi tegas dan meninggalkan kesan.

Walaupun berlainan bangsa dan agama.
Tetapi beliau sangat memahami.
Perwatakannya membuat aku berasa tenang.
Lancar aku menjawab setiap persoalan yang dilontarkan.
Walaupun perjalanan darah gemuruh ku kian memuncak.
Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya.

05 October 2010

Kuala Selangor?


Hulu sangat kah tempat itu?
Bagaimana kah cara mahu ke sana?

Mengeluh panjang.

KL atau Jb?


Syukur!
Akhirnya ade jugak respond daripada mereka.

Namun aku pula yang pening.
Mahu ke KL atau JB?

04 October 2010

Terlupa


Terlupa.
Macam mane neh??

Memang betol betol terlupa.
Macam xpenah dengar.

Ade ke?
Gile memang lupa!

01 October 2010

Again and Again

Today I make a phone call.

Listen to her caller ringtone.
Not understand actually.
Indian song/ Chinese song/ English song.
Whatever.

Then,
The conversation was started.
Quite nervous.

"May I speak to Miss.......bla...bla...bla..."

Lastly.
Closed the conversation with thank you.


**** Bile perlu berkata-kata dalam bahasa penjajah. Gugup itu datang berkali ganda. Ape yang difikirkan tidak sama dengan ape yang dilontarkan. Kemudian, mengeluh panjang~~

30 September 2010

Masih berfikir

Dari semalam hingga ke hari ini.
Aku masih berfikir.
Tentang itu.

Dah macam2 orang aku tanye.
Orang itu termasuklah: Tatia-Dr.K-Tasha-Cik Nad-Smoker Anthem-Afis Ismail.
Tak lupa juge kepada Dek Yo diatas respond anda:)

Bermacam-macam persepsi ade.
Ade suh try.
Ade yang xkasik.
Huhu.
Terima kasih semua:)

Tapi lom tanye Prof kecayangan lagi (Nadia, 2010)
Hahahahaha

Sekarang terpulang pada aku pulak!

29 September 2010

Dalam Dilema

Nak dijadikan cite.
Ritu ade apply keje.
Jadi VA a.k.a Veterinary Assistant.

Rini baru ade respond dari pihak sana.
Tanye bile boleh datang interview.
Oh ho terasa excited tibe2.

Tapi..........
Klinik haiwan tu...
70% gong! gong! gong!
Tau kan?

Dilema...Dilema...Dilema
Nak gi ke xnak?
Hukhuk:(