15 December 2010

Dunia Haiwan Part: 2

Bile dah mula bekerja.
Kita mula bergaul dengan pelbagai ragam manusia.
Dan dari pelbagai kaum.
Suasana itu sangat jauh berbeza semasa di zaman universiti.

Apatah lagi kerja itu memerlukan komunikasi yang berkesan.
Dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Sebagai manusia,
Kita bukanlah sempurna atau perfect.
Apa yang kita lakukan kadang-kadang belum dapat memuaskan hati mereka.
Sedangkan kita telah melakukan yang terbaik dan yang termampu.
Susahkan?

Bagaimana pula berhadapan dengan manusia bertopeng?
Atau talam 2 muka
Itu sungguh hipokrit.
Bila A mengata tentang B kepada C.
Kemudian B mengata tentang A kepada C.
Akhirnya A dan B mengata tentang C pula.
Sungguh komplikated keadaan itu.

Semua kehendak manusia tak mungkin dapat dituruti.
Setiap manusia ada kemampuan masing-masing kan?
Suasana pekerjaan amat mempengaruhi emosi.
Tepat sekali!

Namun begitu.
Ada juga detik-detik bersama yang boleh dihargai.
Antaranya:

  Sambutan besday Dr. Chan


Lunch kat Secret Recipe, Sutera Mall

Dan

 Domino pizza for lunch kat dalam klinik!

***kadang-kadang semua benda tak selalu indah

No comments: