18 October 2010

JB Worlds


Not Mr. JayBee ye. Diharap tidak ade sape sape yang perasan ngan tajuk contengan kali ini. Huhu. Penyonteng mau meluahkan perasaan penyonteng semasa mahu berhijrah ke  JB Worlds untuk kali pertama seorang diri. Huhu.

Pagi pagi lagi penyonteng dah bangun tido. Nak naek bus g ke kuantan pukul 7.30 pagi. Tambang bus sebanyak RM12.50. Perjalanan ke Kuantan mengambil masa 2 jam setengah ke 3 jam. Normal keadaan kalo naek bus ting tong atau henti henti. Kalo drift ngan kete cuma sejam setengah atau 2 jam sahaja. Huhu.

Sesampai di Kuantan. Destinasi utama penyonteng adalah toilet. Haha. Perkara normal bagi penyonteng.  Pastu penyonteng mengalas perut di sebuah kedai mamak. Ikhlas penyonteng katakan memang roti canai dia tak sedap! Keras dan liat macam panaskan yang semalam punye je. Kuah pon tak sedap. Hilang selera penyonteng disitu walaupun perut berkeroncong.

Kemudian, penyonteng membeli tiket menuju ke JB Worlds. Penyonteng membeli tiket bus Adik Beradik berharga RM27. Bus bertolak pada pukul 2 petang. Bus ini melalui jalan Mersing- Kota Tinggi. Bagai nak tercabut kepala penyonteng ketika itu. Sangat pening dan mual. Dah 5 tahun meninggalkan Bumi Mersing. Banyak pembangunan dapat diperhatikan. Semakin maju.  Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam setengah. Bus berhenti di Larkin. Penyonteng berasa lega selepas keluar dari bus. Menghirup udara segar sepuas puasnya. Tapi tak puas jugak sebab ramai perokok yang merosakkan udara sekeliling.

Penyonteng mencari kedai untuk makan malam. Menu utama adalah mee sup. Pedih perut tak makan dalam bus tadi. Rasenye seakan akan cacing sedang menggigit sel sel dalam sistem pencernaan penyonteng. Haha. Selepas itu kawan penyonteng telah sampai dan membawa penyonteng pulang ke rumah. 

Keesokannya adalah "My 1st interview". Tak nak cite lebih lebih sebab penyonteng dah conteng sebelum ini. Tapi mau cakap jugak tentang dia. Hehe. Dr. Chua. Dia sangat baik dan memahami. Dia lah peng'interview' penyonteng. Memang Dr. Vet macam tu ke? Sungguh caring. Huhu. Penyonteng mula memasang angan angan mau mencari sorang Dr. Vet jugak lah. Haha. Suasana tempat pekerjaan juga selesa. Cuma saiz gong gong sungguh besar. Menyebabkan penyonteng terkejut dan berasa sedikit takut. Di harap penyonteng dapat mengatasinya bile mula bekerja nanti.

Petang pulak. kawan penyonteng bawak penyonteng jalan jalan. Pastu terus pergi ke pasar malam. Sangat panjang. Lenguh kaki penyonteng berjalan. 1st time penyonteng melihat begitu ramai penjual daripada kaum cina. Macam macam ada. Kemudian penyonteng pulang ke rumah.

Hari Sabtu lak, penyonteng berjoging di awal pagi. Takde la awal sangat. Pastu pekena lontong dan teh tarik. Pergh, memang cukup kaw! Huhu. Hari tu penyonteng hanya duduk di rumah. Bile malam baru keluar menuju ke Mc D sebab malas nak masak.

Dan hari semalam iaitu hari Ahad. Penyonteng mahu pulang ke Pahang tercinta. Penyonteng membeli tiket bus Mara Linear ke Kuantan melalui jalan Segamat berharga RM 31.20 pada pukul 11 pagi. Perjalanan pulang agak tenang sebab jalan lurus xmacam jalan di Endau-Mersing dan Kota Tinggi. Pukul 5 petang, penyonteng sampai di Kuantan. Prebet prebet sapu telah menuju di muka pintu bus. Sangat merimaskan. Kemudian penyonteng menuju ke Stesen bus henti henti atau ting tong. Bus ke Jengka bertolak pada pukul 6 petang. Lambatnya. Selepas pintu bus dibuka, berpusu pusu manusia masuk. Pada pukul 8.30 malam penyonteng tiba di Jengka. Sungguh jauh perjalanan penyonteng.

Kini penyonteng berada di rumah. Home sweet home :) Esok bermula kembali perjalanan penyonteng yang jauh itu. Huhu

The beginning of new life.............

3 comments:

Nurul Hidayah Isnin said...

selamat datang ke johor semula!

zue yang baek said...

selepas 5tahun meninggalkan bumi mersing...aku datang kembali!!
huhu

nadiahanieym said...

panjangnye.....mcm bace diari lak..hehe...anyways tahniah ek zue...keep in touch =D