15 October 2010

My 1st Interview

Sangat kelakar ku rasekan.
Marah berbaur geram pada mulanya.
Tapi itulah pengalaman "My 1st Interview"

Temujanji dipersetujui pada pukul 2 petang.
Malangnya masih berlegar-legar di jalan raya mencari destinasi sebenar.
Dari pukul 2 petang tertangguh ke pukul 2.30 petang.
Lalu menjadi 3.30 petang.

Apakah impression pihak majikan sekiranya calon sesi temuduga lewat hampir sejam setengah??
Very very very very ~ infinity BAD!
Itu lah aku.

Namun wajah penemuduga sangat tenang.
Tidak kelihatan riak marah malah masih tersenyum.
Sangat manis.
Gerak-gerinya begitu menarik perhatianku.
Pertuturannya begitu sopan dan jelas.
Lembut tetapi tegas dan meninggalkan kesan.

Walaupun berlainan bangsa dan agama.
Tetapi beliau sangat memahami.
Perwatakannya membuat aku berasa tenang.
Lancar aku menjawab setiap persoalan yang dilontarkan.
Walaupun perjalanan darah gemuruh ku kian memuncak.
Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya.

No comments: