Showing posts with label pEnYeLiDiKaN TerBeNgKaLai. Show all posts
Showing posts with label pEnYeLiDiKaN TerBeNgKaLai. Show all posts

25 May 2010

Finally

Finally thesis Penyelidikan Terbengkalai telah siap.
Dan yang paling hepi sekali tatkala Dr. F menerima thesis Penyelidikan terbengkalai untuk dijilid.
Senyum sampai ke telinga. Hahaha
Hohoho.
Hihihihi.
Thanx kepada Misz Ruby ngan Cik Nad sebab tolong hantarkan.
Sangat excited sekali!!---> xmampu digambarkan melalui kata2.

Berakhir sudah demam thesis Penyelidikan Terbengkalai.
Ngak perlu menatap ayat2 panjang berjela itu lagi.
Ngak perlu kusut-musut lagi tentang thesis.
Ngak perlu berlapar kerna thesis.
Kerna……!!!!
Ia telah berakhir dengan jayanya.
Thanx tidak terhingga kepada Cik Nad kerana menyumbangkan dakwat printer.

Okey2!
Cukup sudah contengan tentang thesis Penyelidikan Terbengkalai.



The end.

24 May 2010

Sikit lagi!

Tatkala teman seperjuangan yang laen telah menghantar thesis penyelidikan terbengkalai mereka.
Aku masih lagi ligat menekan papan kekunci.
Aku masih lagi terkebil-kebil mencari kata kunci.
Dan mulut semestinya xmampu dah nak di kunci ---> Menjerit sana-sini macam orang hilang laki.

Melihat muke sememeh Cik Nad.
Sebijik macam perempuan baru lepas bersalin kehilangan anak. 
Haha. Jangan marah ye :p

Hidup tak teratur.
Tidur tak teratur.
Makan tak teratur.
Mandi tak teratur.
Percakapan pon tak teratur.


 Bagai nak tercabut jantung bile baca ayat di atas



"SILA JUMPA SAYA"



Kalau Mr. Right yang kata begitu ---> Terasa berada dalam musim bunga ---> Hati berbunga riang (HBr) ye bukan BFR :) haha

Kalau Prof E. yang kata begitu ---> Terasa berada dalam musim panas ---> Hati berbunga reriang (?????). Cuak gile!



Meja bersepah dengan kertas2
 Itulah meja makan=meja pejabat=meja study=meja chatting=meja bergosip=ibu meja.




Printer Cik Nad yang banyak berjasa
Jasamu dikenang!!



*** Bersambung esok.

21 May 2010

Kunci

Bile jari-jemari ligat menekan papan kekunci.
Bile mata terkebil-kebil mencari kata kunci.
Dan bile mulut tiba-tiba diam terkunci.



Gugusan kunciku.
*Gambar hanyalah hiasan semata-mata*

23 April 2010

Tamat


Muka selambe je anta thesis lepas waktu pejabat.
Dalam pukul 8.30mlm kot.
Memang cincai dan pasrah.

Akhirnya selamat jugak dimasukkan kedalam kotak.
Menanti panggilan drpd singa2 garang.
Untuk perbaiki setiap sudut kesalahan.
Konpem memg byk pembetulan.





Dalam hati rase lega sikit.
Hilang satu bebanan dalam kepala.



*** Tapi kenapa aku masih tidak gembira????

21 April 2010

Tido

Mata dah macam mata panda.
Xcukup tido ---> tak tido sepanjang malam.
Kepala berat ---> bukan sebab kepala besar.
Rase nak muntah2.
Perut rase lapar jugak ---> padah air nescafe.
Masih menaip.
Tatau bila nak siap.
Pukul 9 pagi ada appointment.
Mampukah??????

20 April 2010

Engaged

Puas hati men"decorate" papan conteng rini.
Make up sana cikit sini cikit.
Skang ingin mengumumkan status relationship aku yang terbaru.


Engaged to Thesis of Penyelidikan Terbengkalai.


*** Cik  Nad jangan nangis lagi ye. Kite harungi bersama-sama malam neh ye. Yang penting jangan bagi aku tido.

Mangkuk

Ok fine.
Walaupun bukan salah aku.
Tapi mungkin salah aku jugak kot.
Okey2.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa.
Mungkin sebab aku bodoh kot.
Dah dapat free gelaran "mangkuk".
Fine.
Walaupun agak kecik hati.
Tapi tetap wat muka selamber.

17 April 2010

Peperangan

Sekarang perasaan aku berperang.
Dan esok adalah hari peperangan sebenar aku.
Menanti bom2 yang bakal di lontar.
Tembakan disana disini.
Mampukah sistem pertahanan aku bertahan untuk hadapi semua itu????
Macam pic kt bawah tu~~


Terasa sistem pertahanan aku begitu lemah sekarang.
Pertahanan pertama telah musnah semalam.
Mampukah pertahanan kedua dan ketiga bertahan?
Aku impikan peperangan berakhir dengan kemenangan bukan dengan kegagalan.
Mampukah aku bertahan?
Musuh-musuh kali ini memang tiada tolok bandingnya.
Kehebatan senjata mereka memang diketahui ramai.
Ohhh!!! hentikan peperangan!!
Aku benci peperangan.


 
*** Esok aku bakal berperang dengan sistem pertahanan. Semoga semuanya selamat.

16 April 2010

Researcher

I am not like you. I am not a researcher. I am also not born to be a researcher. My life is not to become a researcher. Please understand what I mean. I am not a Master's student who is able to spend full time to do research only. I am only undergraduate student who just know the world of research.

I admit that I learned many new things in this area. I spent a lot of time to complete this research. Yes, I am stupid. I do not know anything about this research. I need guidance from someone who can teach and follow me.

I do not hate you. But I regret choosing you. You do not understand me. You only want your results. But you do not know how I am struggling to complete your research. I spend lots of times to do your research.

If you think I only deserved for such mark. I am pleased. The more important thing is I can graduate with all my friends! 


*** Sorry my english "berterabur".

15 April 2010

Sia-sia

Gembira tatkala Miss Eiji berkunjung ke rumah amal.
Terusik dgn gelagat dan telatah beliau.
Pasti juga tidak ketinggalan dgn gosip2 panas beliau.
Riuh rumah amal di pagi hari---> rindu suasana seperti ini sewaktu di B1 305.

Gembira juga kerana tidak berseorangan hari ni.
Mengorak langkah menuju ke hostel-kampus.
Beriringan bersama2 Cik Nad dan Miss Eiji.
Sekilas macam 3 dara pingitan.

Bersengkang mata menganalisis Miss Elisa.
Tgah hari td siap juga grafnye. Graf jela.
GALT area? bermacam2 masalah.
Dugaan menimpa lagi.

Perut kosong meminta habuan.
Tapi apakan daya selera makanku terhenti. mati disitu.
Menyiapkan analisis projek terbengkalai bukanlah satu perkara yg mudah.
Berikutan mengejar masa yg semakin suntuk.

Kak E. bz.
Hilang hala tuju.
Tak tahu lagi mahu bertanya kpd siapa.
Senyum yg terukir di pagi hari.
Kian pudar dan pudar di makan waktu.

Pertemuan bersama Prof. E td membawa 2 perkhabaran.
Berjaya dan gagal.
Lalu meneruskan perjuangan dan mengharapkan pertemuan kali ke-2.
Tetapi hampa.

Lebih hampa bila usaha selama ini hanya sia-sia.



*** Aku memerlukan kekuatan untuk menghadapi semua ini.
*** Memberi sepenuh harapan kepada Miss Elisa.

12 April 2010

Genting

Semakin hari semakin genting!!

13: Exam!!!
14: lab work
15: lab work
16: analisis
17: analisis/ siapkan slide presentation
18: potensi tarikh utk present!
19: tarikh sebenar present penyelidikan terbengkalai!
20: thesis
21: thesis
22: hantar thesis!!! mampukah???

Thesis??????? ohhhhh...penyelidikan terbengkalai!! engkau menyeksa zahir batinku.

Hari ini selesai observe slide bawah mikroskop.
Esok pas exam continue lab work kire GALT area lak.


Ini gambar pertama yg berjaya diambil!!


Okey2 tabah kan hati ye Zuraida! You can do it!!

Miss you so much Miss Rat :(
Kita bertemu di syurga ye syg..
Kat atas tu pic intestine kamu:(



Harus lebih fokus!!
Polisi Sains dan Teknologi sedang menunggu.
Lupakan semalaman tentang penyelidikan terbengkalai.




*** Otak gagal berfungsi dengan waras~~

10 April 2010

Relationship status


 Relationship status : In a relationship with Penyelidikan Terbengkalai and it's complicated (Miss Proud2byaya, 2010).




02 April 2010

Penat

Makin hari makin malas nak wt keje lab ---> Penyelidikan terbengkalai.
Jelik. mual. muak. muntah darah. muntah hijau. sume ada. bila la nak siap penyelidikan terbengkalai  neh????

Memang xsedar diri!!
Syarat nak bergraduat je pon. adeh. sgt berat ujian ini bagiku :(

Paksa rela bangun dr tido. malas sgt!! kalo bleh nak menonggeng sampai tgah hari >>teroknye perangai anak dara<< xkire! nak tido! tido! tido!!

Hari minggu sentiasa diganggu. cian Mr. Right. maafkan saya. xsempat nak keluar berdating bersama kamu ---> kalo la ade. hehe

Okey2. hari ini hari exercise kaki. boleh memecahkan lemak2 di paha. haha. bagai nak tercabut skru2 engsel2 kat kaki ni. merentas desa la katakan. jalan jauh. ibarat dari ostel-kampus-ostel utk satu perjalanan pergi shj ---> jarak dari umah sewa aku okey! 2x ganda jauh. kalo org lain dr ostel-kampus je. 

Xde sape memahami. baju basah lejun mcm mandi pagi utk kali ke-2 ---> mandi peluh.

Sume gara-gara kamu! ---> Miss Elisa.

Dah la result xcantik. memg taik lembu tol la kamu neh Miss Elisa. padahal salah sendiri. huhu. Maaf Miss Elisa. gara-gara kamu, aku terpaksa menjadi  Miss Perfectionist.

Mengenai taik lembu! kan tadi merentas desa. dalam otak hanya terpikir, "jgnlah terserempak ngn lembu". takut. cuak.

Puncanye:

Pada satu malam. aku dan alice g ostel. nak carik mkn utk dinner. maklumla dapat pinjam motor. vroomm. vroomm jela kejenye. haha. makan pon kt tempat jauh2 je. nasib baek moto org. kalo ade moto sendiri. bahaya2! merempit sokmo la jawabnye. ngeh. ngeh.

Okey2. mlm itu aku ingat dgn jelas. mlm tu mlm earth hour. ramai org kt kedai makan. mesti dak2 ni larikan diri dari earth hour. dengan hampa kitorg pon patah blek umah. ikut jalan kampung jela.

Tibe-tibe ada bau busuk menusuk hidungku. mcm bau kambing. aku pon toleh kanan. toleh kiri. bile toleh kiri, aku nampak 2 ekor lembu. patutlah. sekor ngah duduk bwah pokok. sekor lg mcm nak kejar kitorg! cuak gile!! nampak lubang idung dy yang sgt besar! lembu tu wane itam. kejar mcm nak terkam kitorg. dah la jalan kampung. sunyi.

"Alice ade lembu kejar kite!"

" Yeke zu??" riak cuak alice kelihatan.

" Cepat alice!! laju!!laju!! ade lembu kejar!!"

Haha. lawak2. alice pon memecut laju. hoho. gile cuak!! tp sempat lg gelak2 atas motor. itulah kami:)

Okey2. dah melencong jauh neh. huhu
 

http://www.emocutez.com






*** Miss Elisa ---> enzyme linked immunosorbent assay

Detik-detik cemas


Hanya tinggal 17 hari sebelum presentation penyelidikan terbengkalai.
Hanya tinggal 17 hari untuk menyiapkan lab penyelidikan terbengkalai.
Hanya tinggal 17 hari untuk menyiapkan thesis.

Hanya tinggal 2 minggu untuk menyiapkan semuanya!!
sempat x?
nak analysis lagi.
nak siapkan lab lagi.
arrgggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

http://www.emocutez.com

okey!! sangat stress skang neh!!



29 March 2010

Penyelidik malang

Permulaan hari yang begitu malang.

Melangkah kaki keluar dari rumah dengan penuh semangat menuju ke simpang jalan. toleh ke kiri, toleh ke kanan.


Aleh-aleh nampak pakcik kerek jual kopok kat depan simpang. Menyampah tol!


Setelah menanti dgn penuh sabar di simpang jalan. aku mencapai tepon dan mendail nombor.

" pakcik xde van ke nak ke kampus?"

" pakcik dah lama kt umah. sunyi je td. pakcik blek jela."

"ooh. takpe lah pakcik. terima kasih." talian diputuskan.


Sedih. malu pon ade. hampir sejam jadi tunggul kayu kat simpang. goyang sane goyang sini. sebijik macam pokok kene tiup angin.


Patah blek ke rumah dan meminta alice hantarkan ke kampus. tebal muka. terpaksa mengganggu tidurnye yang lena. maaf alice.


Sesampai di lab FST. terus menyambung penyelidikan terbengkalai. seronok tetapi jeles melihat mekya tido dikerusi pendek. penat agaknye. pasni tinggal observe je. yes!!


Mencuri tulang mendail nombor ayah. rindu ayah. tp ade niat disebaliknye. meminta wang belanja. suara ayah kelihatan lemah sangat. mak penah cakap ayah xselera makan dan semput. xdapat terima hakikat ayah dah semakin tua. semoga ayah cepat sembuh dan kembali bertenaga. xsampai hati nak mintak duit. tp apakan daya. duit adalah segala-segalanya. rindu pada kampung halaman. mesti adik makin gemok!


Lunch hour pergi ke pok mat. makan nasi ayam dan air limau nipis. berebut-rebut cacing dalam perut agaknye. kembali bertenaga utk menyiapkan penyelidikan terbengkalai.


Berjalan sambil mencepit kuku menuju ke lab FST. khusyuk meyiapkan penyelidikan terbengkalai sambil mendengar lagu. finally siap jgk. sangat gembira.


Pergi ke IMB dgn harapan yg menggunung tinggi. tp sebaliknya yang berlaku. hasil penyelidikan terbengkalai tidak memuaskan. damn! wtf! wth!


Menurut kak E. proceed je. tp cmne nak proceed kalo xpt nak distinguish yg mane satu. jadi esok bertekad utk buat yg baru. fighting!!


Bohong kalo kate xsedih. sangat sedih. kecewa. hampa. rase nak hempas je sume hasil penyelidikan terbengkalai kt lantai. geram sgt-sgt. gara-gara penyelidikan terbengkalai jgk lah jari ku yang comel ini terluka. dan terpaksa membazirkan begitu banyak darah kpd penerima yg tidak sepatutnya menerima ------> sinki.


mesin microtome yg mencederakan jariku


*** Nasib baek Mr. J bagi ole-ole. terubat luka di hati. tq :)

keychain dari Sabah:)