Showing posts with label a mOmEnT tO rEmEmBeR. Show all posts
Showing posts with label a mOmEnT tO rEmEmBeR. Show all posts

20 January 2011

Annual Dinner:)


15hb Januari yang lalu, 1st time penyonteng menghadirkan diri ke majlis makan malam tahunan Global Pets iaitu tempat kerja penyonteng sekarang ini. Dan hari ini 20hb Januari genaplah 3 bulan penyonteng berkhidmat sebagai Nurse di Global Pets:) Hooreeeyyy:)


Macam2 pe'el penyonteng sewaktu hampir menjelangnye annual dinner neh.. 3hari before annual dinner sebok dok survey baju kat bazar JB..jumpe yang berkenan tp pitih xmengizinkan..hukhuk..so, rase mcm xnk g sbb xde baju nak pkai...mcm budak2 kan..jap nak g jap xnk g..huhuuhu..

Pastu sehari sebelom menjelangnye annual dinner ni...puas memotivasikan diri sendiri...n pegi jela...matlamat utama nak makan!!!makan!makan!makan!!bukan selalu dapat makan free neh~~hehehe:P

Okeyh2...hari tu clinic tutup awal..sbb nak bagi laluan kepada sume org utk bermekap dan bersiap2 g dinner...huhuhu Penyonteng pon menumpang kete Kancil Kelly(rakan sekerja) pulang ke umah...eh silap...bilik sewa:)

Kitorg bertolak pukul 7pm..semangat neh sebab takot sesat jalan...hihik...dan ternyata memang sesat!! Hahaha..memg lawak....Kelly baek jgn mengaku org JB...hikhik:P Pastu call somebody mintak tlg...dan akhirnya selamat sampai...rupa-rupanya jalan yang sesat tu memg dah dekat ngn tempat dinner neh..berdekah2 penyonteng dan Kelly gelak dalam kete..Hakahakhakhak

Ni masa ngah daftar..ingat dah start rupenye lom lagi sebab ade jgk org yang sesat macam kami...:p


Dari kiri hadapan: Dr. Yii, Dr. Lee dan Dr. Chan
Dari kiri belakang: Penyonteng dan Kelly

Okey2..perasan tak ade sorang jejaka yang xpandang kamera dan wat muncung? itulah King of the night:) my beloved teacher, Dr. Sanny:)


Muka blur2 dapat cabutan bertuah.. Actually ngah berebut nak amek makanan time tuh...xpasan pon nombor cabutan bertuah tu dipanggil...sedar2 eh tu nombor aku tuh...terus g depan:)naseb bek datang...hikhik:p


 Last but not least, inilah semua yang hadir pd mlm tu:)

03 August 2010

Last Session: Bidong Island

Oh yeah!!!
Akhirnye tamat sudah sesi aku sebagai Mentor di Pulau Bidong.
Tu pasal tajuk kali ni Last Session.
Hehe

Pasni tatau bile plak dapat ke tapak peninggalan penempatan orang2 Vietnam itu lagi.
Walaupun muka dah sunburn blek. 
Tapi memang enjoy lah!
Melayan karenah2 junior2 yang baru masuk ke UMT.

Jom kite layan gambar jap! 

 Birunye laut. Huhu. Baru berkesempatan untuk snap gambar!


Yang ni nampak tak macam ade menara tuh? Kat citulah tempat2 kebudayaan orang2 Vietnam dulu. Ade patung Buddha kat citu.


Bot baru sampai menuju ke jeti. Lama gile tunggu diorang sampai. 


Ini plak tapak perkhemahan diorang. Kecian. malam tu ujan lebat. Ade lah yang tido basah2. Hahaha


2 orang Mentor yang sengal!!


Tanhniah group JERUNG!! Korang berjaya merembat hamper untuk malam kebudayaan terbaik: Bidong Idol!! Cik Kiah, U memang femes!!! Huhu ---> Bangga jap jadi Mentor diorang :p


Last snap sebelum berangkat pulang ke darat. Rase sedih plak. Hukhuk
Miss U Bidong:(


"TEROKAAN SELUAS LAUTAN"

26 July 2010

Gelagat Konvo



Pejam celik pejam celik.
Akhirnya 3 tahun telah berlalu.
Tup tup dah nak kawen konvo.
Huhu.

Meh2 nak share cikit tentang kronologi semasa detik2 nak konvo.
Sebelum, semasa dan selepas.
Hehe.

********************
Sebelum Konvo: 25hb Julai 2010

Kat Pesta Konvo neh. Dok survey harga bunge nak bagi kat orang. sampai tokey kedai tuh dah cam muke kitorang. Haha. Pas puas tawar-menawar. Alamatnye memang kena beli lah. Huhu Model: Miss Eiji



Hensem tak jejaka tinggi lampai yang pakai jubah maroon tuh? Tu bofren baru tuh. Haha. Maaf ye Kanith. Hehe. Jangan marah. Aish bile plak turn aku nak konvo untuk Master ni? Kena amek berkat neh:p Tahniah Mr. Suvik:) Comel tak hadiah dari kami:)Thanx jugak bunga yang comel untuk saya tuh:)


*******************
Semasa Konvo: 26hb Julai 2010


Gambar pertama diambil semasa hari konvo sebenar. Sesuai tak kami? Hehe:p Dah la datang lambat. Sempat plak amek gambar. Ish3..


Meh2 bergambar ngan Cik Nad. Bukan senang nak tengok Cik Nad melaram neh. Hehe:p Biru sama biru:) Macam boria dah. Huhu


Yang bibir merah bak delima merekah neh plak Cik Aifa. Seronoknya kalo Cik Faz ngan Cik Ain turut bersama. Lengkap la saintis2 muda di IBVK dulu. Huhu. Rindu plak rasenye. Huhu


Maaf selepas di touch up. Gambar jadi suram sikit. Haha. Sebab nak cover mekap2 yang dah makin pudar. Haha. Akhirnya Cik Nad! Kita berjaya:) Misz Ruby ntah hilang kemana time neh~~


********************
Selepas Konvo

Sempat bergambar bersama famili tersayang:) Ayah tak abes2 suh cepat sebab nak blek Pahang dah. Tak sempat nak amek gambar bersama-sama kawan2 yang laen. Agak terkilan disitu. Huhu. Jap2! Jap! Jap! Muke saya mirip muke sape? Kata Alice dan Abang Senyum, muke saya mirip muke ayah. Korang lak? Huhu


 Nyesal lak pulang jubah awal2. Kalo xmesti nampak lebih berseri-seri gambar neh. Huhu


Dengan itu.
Tamatlah sudah pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dengan rasminya:)

21 June 2010

Sijil Perlantikan

Selepas berkampung selama 2 minggu di UMT.
Selepas berkampung selama 2 minggu di UM.
Akhirnya kami berjaya!

Disaat berperang dengan perasaan di medan kawad.
Dugaan datang satu persatu.
Diserikan lagi dengan lontaran fitnah dan tomahan.
Kami redha, tawakkal dan berdoa.
Pasti ada hikmah disebalik kejadian.

Dan pada tanggal 19hb Jun 2010.
Kami buktikan semangat kami.
Kami rempuh segala dugaan yang mendatang.
Hanya satu matlamat yang harus dicapai.




Kini.
Kami telah berjaya menamatkan Latihan Asas Sukarelawan Polis Siswa/ Siswi.
Serta dilantik sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis.




********************

SESI FOTOGRAFI


Pn. Zuraida bersama sijilnya---> sempat pulak taruk gelaran Pn. hehe. Maklumlah pegawai la katakan.


Kalo dulu asyik 3 abdul sekarang tukar plak 3 dara pingitan.
Terima kasih ye A.C.A.B. bagi pinjam bunga. Hehe

Nak amek gambar skandal ngan Anak Tn. Dollah. Tapi ramai yang dengki. Haha Siap ngan jurulatih lagi masuk.



********************
Skang nak imbas kembali mase zaman training lak.


Baling2 bedak.
Mase ni on da way nak g UM.
Pastu budak2 ni kenakan Mat Zul coz besday dia malam tu.
Dan bermulalah panggilan baru Mat Zul iaitu Baby.

 Sepetang menjelajah dan menakluk 1 Malaya.
Berjalan dan berjoging anak menaiki dan menuruni bukit.
Sejauh 2.5 km.

Muka puas dan teruja setelah berjaya menemui padang kawad.
Semput!
Dan perlu mengharungi 2.5km untuk pulang ke kolej kediaman.

Gambar ni tatau hari keberapa berkampung di UM.
Waktu ni ngah tunggu bas UM datang.
Bak kata Tuan Nasir.
Kami ni lanun.
Sambar je bas UM yang datang.

Mahu fokus pada kami berdua sahaja.
Tiada yang lebih baik melainkan kemaafan.
Pertemuan yang singkat ini mampu mengubah segalanya.


Paling suka gambar ni.
Sebab menyerlah sangat baju kuning tu.


Orang laen sibuk bersenam robik.
Kami pulak sibuk bergambar.
Itulah Suksis UMT.
Dimana ada kamera disitu ada kami:)


Ini pula gambar terakhir kami yang ramai2.
Sebab Cek Mat sibuk suh naek bas.


********************

Dan akhirnya kami tamat latihan.
Masih banyak gambar.
Tapi xkan nak tunjuk semua kan.
Ini adalah 1/100 gambar yang sedia ade.
Memang suka bergambar!

Walaupun pelbagai dugaan yang datang menimpa.
Tetapi.
Kami telah terima hikmah disebalik dugaan itu.
konpem UMT  bangga ngan kami.
Sebab dalam surat khabar terpampang gambar pelatih terbaek keseluruhan dari UMT.
Muahahaha.


 Ihsan gambar dari facebook.
Ala kat dalam Utusan, berita harian, kosmo pon bleh tengok jugak.
Bangga!!!





Pasti merindui kalian sume!!!

04 June 2010

Keep Smiling!

"They are like stars.
I don't always see them.
Yet I know they are there.
Thanks for being here.
Love them very much!"

 HIDUP SUKSIS!!



 *** Kenangan Terindah semasa Latihan Intensif di UMT


 
 Camera women: Miss Eiji
very2 like dis pic!! Huhu


 
Miss Su si S/U yang riuh macam murai tercabut ekor tetapi manje gile
Tiap2 hari menjerit-jerit


 
 Jurulatih suh rehat tapi sebuk nak melompat sane sini



 
Gelagat sengal Anak Tiri Ayahanda, Anak Pak Tuan Dollah dan Juwe



 
 Masih mengukir senyuman bile nampak flash kamera even penat. Haha



 
 Bang Norman menunjukkan eye shadow di matanye. Haha
Xperlukan alat mekap :p



 
 Matt rempit menunjukkan skill mengupas buah nyior sambil menimbulkan kontroversi.
Bak kata Miss Eiji: I likes Mat Rempit. haha



 
 Muke puas dapat minum air nyior tua. Ish3



 
 Ni plak. Geng2 pembakaran untuk majlis perpisahan.
Ayam BBQ ni memang terbaek!!!


 
 Pasangan bahagia sedondon berwarna purple di tengah.
Jurulatih tersayang: Sarjan Ahmad Zaki @ Cek Mat



 
 Hidangan untuk tetamu2 VIP
Tempat: Garaj kete. hehe:p



 
 Kek brokoli tiruan untuk Kak Zah yang ke-43


 
 
 3 Abdul
Dimana ada kamera disitu ade mereka


 Last day training kawad senjata di PGA



Keep  smiling!
Do what make you happy.
Be with who makes you smile.
Laugh as much as you breathe:)


*** Masih banyak pic tapi yang ini sahaja yang mampu di upload setakat ini:)

26 May 2010

Terbaek punye!!


"Hormat Panglima........hormat tar!!!"


Contengan kali ini berkisar tentang gelagat2 bakal2 inspektor ---> pangkat xleh blah.
Aneka ragam aneka macam.
Haha.

Waduh2.
Melihat Anak Pak Dollah, Sarjan Misai ngan A.C.A.B. memegang dan melambung M16.
Bagaikan senjata mainan yang ringan.
Dan kelihatan senjata itu begitu kerdil bagi mereka.

Padahal bapak la lenguh nak menjulang senjata itu sambil berlari-lari anak!!!
Rusuk. Julang. Lambung.
Rase diri sendiri pon nak melambung-lambung.
Hari pertama dah lebam dan bengkak sane sini.
Hari kedua sudah kelihatan seperti kuda belang. 

Hari seterusnya bagaimana pula?

Meh2 tengok gelagat2 sengal bakal2 inspektor ini.
Haha


Keakraban terserlah tatkala masing2 mengurut bahu selepas penat berkawad.


Gambar bontot2 comel bajet kitorang.
Dari kiri: Cik Ayu-Miss Eiji- Aku-Cik Nana- Miss Yanie


Miss Eiji terjelopok selepas melakukan tekan tubi bertubi-tubi. Haha


Pantang nampak makanan terus serbu!!


Wajah ceria dipagi hari. Hari2 berjalan kaki dari hostel menuju ke PGA.


Posing2 sengal model2 xbertauliah bersama M16 mereka


Tawanan perang!!!!


Padah bile tido merata-rata.


Mencurik buah pelam buat colek. tapi setelah mendapat arahan. Hehe



**** Setakat ini sahaja dulu :)