Hari 0
Pada pukul 8 lebih2. bawa ayah pergi hospital. Perjalanan malam agak sejuk diselubungi dengan penghawa dingin kereta dan ditemani bintang2 malam. Memang tenang dan nyaman. Tambahan pula jalan lengang. Maklumlah kiri kanan nampak kelapa sawit je. Kadang2 takut nak toleh kiri kanan takut nampak benda lain. Sesampai di unit kecemasan ambil giliran untuk berjumpa dengan pegawai kesihatan. Ayah duduk diatas kerusi roda.
Menanti giliran bertemu dengan Dr. pula. Beselah hospital kerajaan. Memang lambat dan lembab. Lama tunggu. Cian ayah. Lenguh duduk lama2. Emak pergi ke kaunter pertanyaan bertanya ada katil tak. Hampa. Kemudian bertanya pada Dr. lak. Memang Dr. tu kerek gile.
“Dah pengsan ke?” balas Dr. tu.
Hoho. Jawapan ringkas seorang Dr. Xkan dah pengsan xbernafas baru nak bagi katil. Ok xmau pertikaikan hal itu. Hampir tunggu sejam lebih barulah tiba giliran ayah. Lama gile. Naek ngantuk bijik mata neh. Sejuk xyah cite lah. Ni nak cite pasal pegawai kesihatan lak. Wat keje sambil borak2. Ni nak keje ke nak berborak? Geram tol tengok sikap dia. Sambil lewa je. Eeeeee....geram!!! jap tanya ayah pastu sambung borak2. Tak profesional dan tak serius langsung sewaktu bekerja! Nurse pon satu hal. Walapun aku xde pengalaman amek darah manusia tapi aku ade pengalaman amek darah tikus tau!! Kalo darah xnaek2 maksudnye dah clot lah tu. Xpayah lah nak tarik syringe tu banyak kali. Ingat xsakit ke???? Naek lebam tangan ayah. Terok tol nurse tuh!!! Memandangkan keputusan ujian darah mengambil masa yg lama. Org hospital suruh pulang kerumah dulu. Kemudian datang blek. Memandangkan jarak rumah aku nak pergi ke sini jauh. So terpaksa la aku bermalam disitu bersama ayah.Emak dan adek pulang ke rumah. Gile memang beku tidur dekat Unit Pemerhatian ni. Xpayah g oversea pon xpe. Kt citu memang dah cukup sejuk! Menggigil-gigil. Maklumlah lemak xbyk untuk jadi penebat haba. Nasib baek nurse kt citu baek. Bagi aku selimut. Tapi datang plak nyamuk. Pelik2. Ntah dari ceruk mana ntah datang. Bernyanyi-nyanyi lak kat telinga aku. Memang menyakitkan hati.
Hari Pertama
Memang tido tak lena malam tadi. Dengan nyamuk bernyanyi-nyanyi kat telinga. Sejuk yang menjamah tulang-temulang aku. Dan kebisingan nurse2 yg ada kt citu. Mentang2 xramai pesakit kat situ. Pagi2 buta dah berborak-borak dan bergelak ketawa. Xperlukan ayam jantan untuk berkokok dipagi hari memandangkan suara2 dyorang dah cukup kuat untuk didengari dan mengejutkan dari tidur. Pastu datang lak sorg lagi Dr. kerek. Nak marah je kejenye. Xde senyuman pon. Menunding jari pada aku kerana tidak menyerahkan air kencing ayah kepada nurse. Sori la erk. Malam tadi aku ngantuk gile. Aku taruk bekas air kencing tuh atas meja je. Impulse tak sempat sampai ke otak untuk ditafsir supaya memberitahu kepada nurse. Alah. Nurse pon satu. Alert la cikit. Aku dah taruk atas meja. Xkn xnampak kot? Alasan gelap xnampak. Padahal dok sibuk berborak. Menyampah tol tengok muka Dr. tuh.
Pagi ni memang sah ayah dimasukkan ke dalam wad. Ke hulu ke hilir aku selesaikan hal pendaftaran masuk wad. Sebelum masuk wad. Kena g x-ray dulu. Ni lagi sorang. Bukan nak mengutuk tapi mengata. Seorang pembantu pegawai kesihatan ditugaskan menolak katil ayah menuju ke bilik x-ray. Yelah. X-ray bukannye lama. Kejap je pon. Pas hantar je ayah ke bilik x-ray. Terus lesap ntah kemana. Lama plak tuh. Bile keputusan x-ray dah siap. Dia masih xmuncul2. Tak bertanggungjawab langsung!!! Sedangkan penolong pegawai kesihatan yang laen setia disisi pesakit yang dipertanggungjawabkan. Dah la pendek. Xhensem lak tuh.geram tol!! Papepun terima kasih jela bawak ayah selamat sampai di wad.
Unit Rawatan Harian/ Kenanga 14. Itulah nama wad ayah ditempatkan.No.katil ayah ialah 17. Setiap section ade 6 katil. Tak ingat lak ade bape section. Tapi ade 2 bahagian iaitu bahagian laki2 dan bahagian wanita.
Hari Kedua
Hari kedua barulah beramah mesra dengan penghuni2 katil yang berada sama di section ayah ditempatkan. Penghuni katil No.13. Pakcik berkacata mata hitam.Lucu tgk pakcik ni. Mula2 masuk wad tuh pelik tgk pakcik ni. kurus kering.Pagi petang siang malam pakai spek mata hitam je. Makan pon berselera je. Pagi2 dah sikat2 rambut misai bagai. Kasut xyah cite lah. Berkilat sokmo. Asyik bergaya je pakcik neh. tapi ade org kate pakcik neh sebatang kara.
Penghuni katil No.14. Pakcik ni tatau nak bagi gelaran ape. Tapi pakcik ni ok je. Kadang2 wat lawak jugak dengan penghuni katil No.18. Jejaka Acheh berusia 25tahun. Sekali pandang memang ingat orang Melayu. X lokek dengan senyuman. Manis je muka. X menyangka orang seberang rupanya. Niat suci mencari rezeki di bumi Malaysia. Tapi malang xberbau dijangkiti denggi berdarah. 15hari menjadi penghuni tetap Kenanga 14. kesian.
Penghuni katil No.15. Pakcik Kaya. Sebab mampu berbini dua. Huhu. Menurut Jejaka Acheh, Pakcik kaya beristeri dua. Patutlah ramai je yang datang melawat dia. Tambahan pula Pakcik kaya ni orang berpengaruh la jgk. Tak heran la ramai yang datang melawat. Anak2 laki Pakcik Kaya plak nampak sombong je. Muke bengis je memanjang. Anak2 pompuan dia lak tinggi lampai macam model. Cantik pon cantik. Manis je muka. sekali pandang tgk Pakcik Kaya teringat pd Prof. E. style lebih kurang je.
Penghuni katil No.16. Pakcik Asyik Muntah. Makan sikit je tapi yang keluarnye mangalahkan ape yang dimakan. Kecian pakcik neh. Pagi2 buta dah batuk2 pastu muntah2. Pastu hari2 kena amek darah. Kena cucuk sane sini. Xsanggup nak tengok. Bini pakcik ni peramah je. Boleh la di ajak berborak.
Hari ni jugak ayah dibawa berjumpa dengan Dr. Pakar untuk check kondisi jantung. Laju gile penolong pegawai kesihatan---> orang laen. Menolak kerusi roda ayah. Semput aku mengejar langkah lelaki itu berikutan mengejar waktu pejabat yang semakin suntuk. Sambil tunggu ayah. berborak dengan beliau. nasib baek peramah. xde la bosan sangat.
Hari Ketiga
Hari ini hari pekerja. Jatuh plak pada hari Sabtu. Ramai la plak yang datang melawat ayah.boleh la merayap jap. heh. Hari ini suasana lengang cikit sebab pelatih jururawat xde. Xde la malu sangat bangun pagi terpisat-pisat bijik mata. Nak mandi awal2 pagi bukan lah masenye. Memang sejuk.Cuci muka gosok gigi cukup.Pukul 9pagi baru mandi. Hari ni Pakcik berkaca mata hitam keluar wad. Tapi macam2 alasan pakcik tu bagi. Kencing xlawas lah. Alasan xnak kua wad lah tuh. Kata penghuni2 yg laen. Pakcik ni memang suka duduk hospital. Mungkin ramai kawan kot pastu makan minum terjaga agaknye.
Hari ni jugak Pakcik Asyik Muntah ditukarkan section. Digantikan dengan Pakcik Bertih jagung. Bising je mulut pakcik neh. Berceloteh je kejenye. Bila sakit baru diam mulutnye. Aman sikit keadaan. Tak pon tunggu pakcik neh tido. Konpem sunyi sepi section ni. Heh. Kadang2 ayah gelak je ngn gelagat dan celoteh pakcik neh. Kadang2 rimas jugak. Naseb baek anak laki dia hensem. Leh jugak cuci mata. Heh.bak kata ayah. agaknye banyak mulut sebab ade kuman dalam otak.
Hampir terlupa. Hari ni jugak ada Mamat pakistan masuk menggantikan penghuni katil No.13. Kes denggi. Kaum kerabat dia boleh tahan degil jugak. Dah abes waktu melawat still xmau turun. Pastu pas menunggu ntah ade berapa agaknya. Sampai pak guard terpaksa amek satu. Pandai jugak dyorg wat helah licik. Heh. Pastu cakap dahla kuat. Satu habuk pon aku xpaham. Sakit ati je dengar. Bak kata Pakcik Bertih jagung dah datang dah sarang tebuan. Huhu. boleh tahan jahat jugak pakcik neh.
Hari Keempat
Hari2 berlalu seperti biasa. Tido malam memang la xselesa. Tidur atas kerusi. Bak kata ayah macam Kucing kurus tido. Meringkuk je. Yelah sejuk. Selimut xbawak. Tido berselimutkan sweater je. Kalo ayah diberi ubat buang air. Konpem tido xlena. Jap2 perhatikan ayah. Pastu tengah2 pagi mesti lenguh2 kaki dan tangan sebab sejuk. Kena urut2 picit2 cikit baru ayah dapat tido. Kadang2 lenguh sebab asyik ulang alik g toilet. Naseb baek toilet dekat. Kalo lagi jauh tatau la camne agaknye. Menurut ayah. Malam tadi tido aman cikit xde batuk2 kedengaran dari Pakcik Asyik Muntah.
Hari Kelima
Hari ni Jejaka Acheh dibenarkan pulang. Sedih la plak. Pasni xdapat tatap senyuman dia dah. Heh.Tapi bagi Jejaka Acheh, ini lah detik2 yang dinanti-nantikan. Dah jemu agaknye dok wad lama2. baru nampak kemas dan smart bile dia memakai t-shirt dan jeans lusuh. kalo x nampak selekeh je ngn pakaian hospital. dan lebih bertenaga.
Hari ni jugak Pakcik Kaya dan Mamat pakistan dibenarkan pulang. Memandang dyorang sume kes denggi. So xpayah bayar bil hospital. Hoho seronoknye!! Maka tinggal lah ayah dan dua orang penghuni lagi di section itu. Masing2 menanti pengganti penghuni yang telah keluar.kelakar pon ade. Tapi katil masih lagi kosong sehinggalah ke malam hari.
Malam ni tido memang lena. Ayah pon tido lena. Memandangkan xramai penghuni. So bolehlah curik kerusi banyak cikit. Xde la tido meringkuk macam kucing kurus lagi. Heh. Ayah pon xmerungut bising.
Hari Keenam
Hari terakhir ayah berada di Kenanga 14. Macam2 gelagat ade sewaktu aku menjaga ayah disini. Sekejap je masa berlalu. Selepas selesai membayar bil hospital. Aku menuju ke farmasi pula untuk mengambil ubat untuk ayah. Berbagai2 jenis ubat ade. tapi pasni ni still ade rawatan susulan. Nurse2 di situ juga baek. tp ade jugak yg bekeng. disaat nurse2 tu dtg. bermulalah celoteh Pakcik Bertih Jagung. leh pecah perot gelak. dan xlupa juga pada para pelatih jururawat. semoga anda semua menjadi jururawat yg berjaya:)
*** sori contengan kali ni terlalu panjang.
4 comments:
haaaa
taw xpe
mmg pjg
da la siap label tuh pesakit:P
sengal!
moge ayah makin sihat k dear.insyaALLAH:D
salam.. semoga ayah ko cepat sihat ye zue.. ya Allah.. berdebar2 aku baca entry ko.. naseb bek happy ending.. walopon ayah ko tak sepenuhnye sembuh.. tapi de dah sihat cket.. alhamdulillah.. adoi aii bedah.. jgn la tulis cite y susupen gini.. mau tercabut jantung ni.. !
fuh, baca cerita ko ni dah bole wat novel dah zue..
6 hari yang panjang...
semoga semuanya selamat..
dan ayah cepat sembuh..
Amin..
thanx ye sume.. hehehe...
semoga ayah cepat sembuh!!
amin~~
Post a Comment