22 April 2010

Takut

Ngok ngek tol Mr. Hammer!
Cite hantu time malam2 buta cam gini ---> area pukul 10mlm.
Dah lah lalu jalan kampung time tuh.
Lalu kawasan perkuburan jugak.
Seram sejuk je time dgr cite masa tuh.

Kisah 1:
Ada 2 buah kete.
Kete depan dipandu oleh bapa.
Kete belakang dipandu oleh si anak.
Si anak mula pelik bila setiap kete yg berselisih dgn kete beliau angkat lampu tinggi.
Macam bagi isyarat sumthing.
Si bapa turut perasan hal yg sama.
Lalu memperlahankan kete.
Membiarkan kete si anak memintas kete si bapa.
Okey2.
Si bapa terkejut.
Lalu memberi khidmat pesanan ringkas melalui telefon.
Menyuruh si anak menutup tingkap dan memasang zikir di dalam kete.
Si anak menurut arahan dan mula berasa cuak.
Kerana telah mengetahui ada sesuatu yg menumpang sekaki di atas kete beliau.

Kisah 2:
Ada sepasang suami isteri dan anak kecil.
Melalui lebuhraya di awal-awal pagi ---> sunyi sepi.
Tibe-tibe kete rosak.
Si suami keluar ingin membaiki kerosakan.
Lalu meminta si isteri mengunci pintu kete.
Si isteri menurut arahan si suami.
Masa semakin berlalu.
Si isteri mula berasa pelik kerana terlalu lama.
Kelibat si suami tidak kelihatan berikutan bonet depan kete diangkat.
Mungkin kerosakan teruk sehingga mengambil masa yang lama.
kemudian terdapat kelibat peronda jalan.
Meminta si isteri keluar dari kereta dan mengikut beliau dengan pantas.
Si isteri tidak membantah dan mengikut si peronda jalan.
Si peronda hanya memberitahu bahawa beliau akan menceritakan perkara sebenar keesokan harinya.
Keesokan pagi seperti yang dijanjikan.
Si peronda menceritakan perkara sebenar.
Memberitahu si isteri bahawa si suami telah meninggal dunia.
Tanpa kepala.

Masih terngiang-ngiang di kepala otak.



*** Berikutan sorotan kisah ini menyebabkan Miss Murano tido di rumah amal malam ini.

2 comments:

jayB said...

hantu tu ade kat mane2..
cuma nmpk atau tidak...

jangan la takut sangat.



what are we fear the most is the FEAR itself.

zue yang baek said...

Fobia...dah berapa malam rase macam kena hempap.