14 April 2010

Otak gagal berfungsi dengan waras

Perkara diatas adalah dirujuk---> sama seperti status di muka buku.

Mood tak menentu.
Berikutan berada dalam lingkungan kawasan merah.

13.04.2010---> berakhirlah sudah final examku di peringkat degree. Tahniah utk diri sendiri. Namun begitu, perjuanganku masih belum berakhir. 
Waktu kemuncak semakin hampir!

Okey2. Hari ini---> merujuk 13.04.2010. Hari yg paling memenatkan.
Rujuk jadual waktu dibawah.


12.00pm: Exam Polisi Sains dan Teknologi.

02.00pm: Tamat exam. tunggu pengawas pungut kertas jawapan.

02.20pm: Keluar DSM menuju ke IMB tercinta---> tumpang kete Miss PGM

02.30pm: Berjalan kaki menuju ke FST mencari makanan. Lapar gile!

03.00pm: Sampai kt IMB tercinta.

03.30pm: Mintak tolong Kak E. ajar cara nk kira GALT area. terpaksa tunggu sebab Kak E. bz discuss pasal UMTAS.

04.00pm: Okey. Kak E. panggil, "Zu". Bergegas mendapatkan Kak E.---> takut kena marah sebenarnye~~

04.30pm: Tunggu Kak E. baiki setting kt komputer. lamanye~~

05.00pm: Baru start observe.  lewatnye~~ sambil berborak ngn Cik Nad dan berkhidmat pesanan ringkas ngn Prof E.

"Zu. ape kita nak discuss ni. Kena bertungkus lumus hujung minggu ni.18hb dah present. konpem." Kata Cik Nad.

Fikiran ku terganggu. betol2 terganggu.
" Kita analisis data beberapa hari je. Org laen berbulan-bulan." Balasku dgn nada yang amat sugul. Muka masam mencuka. Stress!

Sape tersilap intonasi ketika berkata-kata dgn ku hari ni memang mencari nahas. sorg mangsa telah dikenal pasti. sori nada bergurau kamu tidak mendapat tempat dihati saya. Maaf ye.

07.00pm: Giliran Cik Nad meng'observe'.

08.00pm: Turn aku lak. kepala dah pening2 lalat. lapa. penat. sume ada. 3 in 1 kot.

09.15pm: Pas kt Cik Nad blek. dah xmampu! mata dah juling. panas. mahu tutup je. mimpikan yang indah2 belaka~~

10:00pm: Dalam hati berkata. "Cik Nad xnak blek lg ke? Penat  dah ni. Nak blek."

10;15pm: Berkemas mahu pulang. Pastu msg Mr. J utk inform pulang.

Tak lama lepas tu. Mr. J col.
" Saya xbawa kad. Tunggu 5min. Jap lg saya sampai." Kata Mr. J.

Dalam hati berbunga riang. Yes!! dah lama xnaek Vios putih. haha. ketawa jahat bersama Cik Nad.

Konon 5min. lebih 5min jgk. Mr. J sampai. Buat muka simpati. hehe

"Sape anta blek?" Tanya Mr. J.

"Member amek kt ostel kot." Balasku pendek. Mengharapkan sesuatu.

"Meh saya hantarkan." Pelawa Mr. J.

Hehe. Tq Juju Oppa!! Opppssss!! Mr.J. 

Sampai je kt umah amal terus mandi dan makan nasi.
Wah dah bape hari xmakan nasi. asyik char kuew tiau je. nikmatnye~~

Skang terasa mengantuk sangat2.
Xmampu utk berfikir ape2.
Hanya mahukan mimpi-mimpi yang indah.

2 comments:

jayB said...

untuk dapat benda2 baik mmg susah..
sesungguhnya kebaikan itu datang dari kesusahan

:)

zue yang baek said...

harap2 mcm tu lah~~