03 October 2010

Ular Masuk Rumah

Nak dijadikan cerita..

Mak ajak g makan kenduri kat Jengka 25.
Tapi kenyang lagi.
Mane tak nye sarapan pagi pukul 11 pagi.
Nak g kenduri 11.30 pagi.
Tapi rasenye alasan yang paling sesuai MALAS kot.

Kisah bermula..

So, tinggal la aku sorang2 kat umah.
Baring baring sambil tengok tv kat dapur.
Tibe tibe terdetik di hati nak mengerling ke sebelah kanan.
Terkejut melihat sesuatu sedang menyusur ke arahku.

Dengan sepantas kilat.
Aku bingkas bangun terus menuju ke ruang tamu.
Menggigil seluruh badan.
Sejarah sewaktu kecil seakan akan berulang kembali.

Hajat dihati mahu menghubungi mak ngan ayah.
Tapi tepon ditinggalkan rupanye.
Terpinga pinga seorang diri.
Terfikir mahu meminta tolong jiran.
Jiran depan rumah takde g jalan jalan.
Jiran sebelah rumah plak besenye laki diorang keje.

Maka kesimpulannya.
Aku berdiri terpaku memandang ke arah dapur.
Kelibatnye masih tidak kelihatan.
Mungkin masih didapur.
Peluh pula mengalir membasahi baju.

Berjalan mundar mandir di ruang tamu.
Mengharapkan mak ngan ayah cepat pulang.
Berjam jam.
Resah gelisah semua ade.
Akhirnye mereka pulang.

Terus melontarkan ape yang tersemat di hati.
Pantas mereka menuju ke dapur.
Menjenguk kesana menjenguk kesini.
Dari atas sampailah ke bawah.
Dari yang tersurat hinggalah yang tersirat.

Kelibatnya telah tiada.
Syukur.
Dia telah keluar.

No comments: